DALAM bulan Disember ini saja tiga peristiwa besar telah tercatat.
Pertama dan yang terbaharu, berita kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim ke rahmatullah.
Kedua dan juga terbaharu, Nurul Izzah Anwar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang.
Ketiga dan agak tidak menarik, tetapi nak catat juga, ialah kemasukan beramai-ramai Ahli Parlimen UMNO, Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Daripada tiga peristiwa itu, kematian Allahyarham Muhammad Adib yang paling menyayat hati, sedih, sebak dan tidak dapat menahan perasaan amarah kepada pihak tertentu yang menyebabkan anak kedua daripada empat beradik itu meninggal dunia.
Arwah telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya menjaga negara dengan begitu sempurna sekali, tetapi disebabkan ada manusia pemuja setan yang hilang akal, mereka jadikan Muhammad Adib sebagai objek belasahan tanpa sedikit pun zahir rasa kesian dan kesal.
Akhirnya, kerja-kerja memadam kebakaran di Kuil Sri Maha Mariamman Seafields, dekat Subang Jaya itu tidak dapat diteruskan kerana dihalang oleh manusia durjana yang mengamuk bagai orang hilang akal.
Akibat daripada belasahan itu, Muhammad Adib yang baru berusia 24 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian dalam anggota badannya.
Arwah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan, sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada malam kejadian itu 27 November lalu, kerana mengalami kegagalan jantung dan paru-paru berfungsi.
Selama 20 hari Muhammad Adib menerima rawatan. Keadaannya ada kalanya stabil, ada kalanya kritikal. Ramai pemimpin kerajaan baharu datang menziarah, bergambar dan pulang begitu sahaja.
Sehingga 8 Disember lalu, seramai 106 individu yang dipercayai terlibat dalam insiden rusuhan itu ditangkap polis untuk siasatan, dan lebih menarik, dua hari selepas itu, empat lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes mencederakan Muhammad Adib, dibebaskan.
Dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis. Selesai kes.
Muhammad Adib pula sedang bertarung nyawa di IJN. Keadaannya dilaporkan kembali kritikal sebelum 12 jam dengan ajalnya. Pakar jantung bertukus lumus memastikan arwah kembali stabil.
Tetapi, takdir Allah tiada siapa boleh melawan. Muhammad Adib dijemput Ilaihi tepat jam 9.41 malam pada 17 Disember, selang tiga hari majlis perkahwinannya dengan pasangan beliau, Nurul Najihan.
Tiada kata dapat diungkapkan. Tiada gambaran dapat diilustrasikan sebaik rakyat Malaysia, termasuk ibu bapa dan sanak saudaranya menerima berita pemergian Muhammad Adib untuk selama-lamanya ke alam barzakh. Innalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah.
Dan beberapa jam berita kematian wira negara itu, peminat politik tanah air dikejutkan dengan tindakan Nurul Izzah. Puteri reformasi PKR ini telah mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan, kecuali kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli biasa PKR.
Jawatan kanan dalam parti, iaitu Naib Presiden dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri (Pulau Pinang) serta beberapa jawatan dalam kerajaan termasuk Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut dilepaskan.
Apakah motif beliau berbuat demikian, ketika PPBM ghairah menerima kemasukan pemimpin-pemimpin UMNO yang lompat parti.
Sebelum itu, Nurul Izzah sudah menyuarakan rasa kurang senangnya dengan tindakan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Ahli-Ahli Parlimen dari UMNO itu.
Rasa cemburu, rasa muak dan loya mula menghantui Nurul Izzah dengan gelagat sombong pemimpin UMNO yang diterima masuk menyertai PPBM.
Sedangkan, pemimpin-pemimpin ini yang Nurul Izzah bersama seluruh pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) bermusuh dan memeranginya.
Apabila ‘perang’ sudah tamat dan PH diumumkan sebagai pihak yang menang, alih-alih berduyun-duyun pemimpin UMNO lompat parti dan diterima dengan tangan terbuka oleh Tun Dr Mahathir.
Siapa tidak marah. Siapa tidak geram apabila atuk buat perangai sehingga mengguris hati dan perasaan rakan gabungannya?
Dulu, di awal penggabungan untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN), apa yang mereka janji? Sehidup semati kan. Tetapi selepas menang, apa dan siapa yang mula menikam kawan dari belakang? Atuk juga kan.
Mungkin ini antara simptom yang menjadi punca kepada Nurul Izzah ‘mengamuk’ meletakkan jawatan dalam parti.
Dan, ada khabar angin mengatakan dia nak kawin. Wallahu’alam.
Ketiga, mengenai pemimpin UMNO lompat parti. Yang ini saya malas nak ulas panjang-panjang sebab ia bukan berita penting sangat pun berbanding berita lebih besar, ‘orang gigit anjing’. – MalaysiaGazette
Let be truthful to ourselves here.
Mengapa kematian Adib suatu kematian yg terlalu menghayati hati?
Apa, kematian yg lain tidak terlalu menghayat hati?
Ada kah sebab kematian NYA mencetus suatu ketegangan antara kaum, Maka perlu Kita semua merasakan penghayatan agar ketegangan yg Ada dapat di redakan?
Jika benar, Maka kematian Adib Kita semua jadikan suatu Ritual Penghargaan, Penghayatan & Kesedihan yg berskala Umum & bersifat resmi.
..hinggakan hilang pertimbangan untuk Kita mencari kebenaran?
Hingga sekarang, 8 anggota yg lain dlm keadaan binggung, ketakutan & penyesalan yg amat ketara oleh kerana ape?
Amat malang jika kebenaran kematian nya bukan kerana di pukul tapi kerana kecuaian.
Jalan yg terbaik, initiative untuk mengadakan inkuas tepat untuk Kita sama saja mencari keadilan & kebenaran agar kematian nya tidak Kita buat suatu persembahan penghayatan Dan kesedihan.
…kerana kematian sering & kerap berlaku Dan setiap kematian yg perlu di siasat untuk memenuhi keperluan narrative causation yg menjadi SOP amalan Kita sesama manusia.