Michael Schumacher

JERMAN – Ferrari akan melancarkan Pameran Lagenda dunia Formula Satu (F1), Michael Schumacher sempena ulang tahun kelahirannya ke-50 pada Januari 2019.

Majlis itu dijadualkan diadakan di ibu pejabat Ferrari di Itali.

Schumacher yang merupakan warga Jerman memenangi tujuh gelaran dunia.

Lima daripadanya dimenangi ketika bersama pasukan Scuderia Ferrari sebelum bersara daripada dunia F1 pada 2012.

Schumacher mengalami kecederaan di kepala semasa meluncur salji pada Disember 2013.

Sejak tragedi itu, dia terlantar koma dan tidak pernal tampil di khalayak ramai sehingga hari ini.

Pameran khas itu akan berlangsung di Muzium Ferrari di Maranello, Itali dan dibuka kepada awam bermula 3 Januari 2019.

“Michael mempunyai tempat istimewa dalam sejarah Ferrari.

“Bilik muzium dihiaskan dengan imej tahun tahun bersejarah yang Ferrari kecapi bersama juara dunia tujuh kali itu,” kata kenyataan Ferrari semalam. – MalaysiaGazette