Helikopter MI-17 yang membawa jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim berlepas ke kediaman keluarganya di Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah bagi urusan pengebumian di Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 DISEMBER 2018.

SUBANG – Jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang pada pukul dengan helikopter MI-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 8.51 pagi tadi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara orang kenamaan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Beliau hadir bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

MGF18122018_ADIB DIBAWA PULANG10
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim sebelum diterbangkan menggunakan Helikopter MI-17 ke kediaman keluarganya di Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah bagi urusan pengebumian di Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 DISEMBER 2018.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah untuk dikebumikan.

Muhammad Adib disahkan menghembuskan nafas pada pukul 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara di sisi ahli-ahli keluarganya.

MGF18122018_ADIB DIBAWA PULANG11
Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengaminkan doa ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim sebelum diterbangkan dengan Helikopter MI-17 di Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 DISEMBER 2018.

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 Isnin malam selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 November lalu.

Ahad lalu, Institut Jantung Negara melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot apabila paru-parunya gagal berfungsi terpaksa memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam Isnin untuk membantu keperluan sistem pernafasannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast