Seorang anggota bomba dilihat sugul sewaktu mengaminkan doa ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim sebelum diterbangkan menggunakan Helikopter MI-17 ke kediaman keluarganya di Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah bagi urusan pengebumian di Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan antara jutaan rakyat Malaysia yang sangat terkesan berikutan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim jam 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara.

Di laman Twitternya, Musa memang kerap membuat ulasan tentang tragedi yang menimpa Muhammad Adib.

Malah dalam temuramah bersama MalaysiaGazette baru-baru ini, beliau menekankan tentang trend rakyat negara ini yang semakin cenderung kepada elemen provokatif terutama terhadap pasukan yang menjaga keselamatan negara khususnya PDRM.

Pagi ini, Musa memuatnaik catatan tentang pemerhatiannya daripada perjalanan yang ditempuh oleh Muhammad Adib.

“Di Malaysia bila penjawat awam seperti polis, tentera, bomba terbunuh akibat dari tindakan ganas penjenayah dikatakan “itu biasa kerana tugas mereka”.

“Jika penjenayah pula yang terbunuh cepat menuding jari penguatkuasa mengguna kekerasan dan minta keadilan,” tulis beliau diikuti denganĀ 

— MalaysiaGazette

Parah dipukul dalam rusuhan, Muhammad Adib akhirnya pergi…

Kematian Muhammad Adib diklasifikasi sebagai kes bunuh