Selepas 20 hari menjalani rawatan rapi, aggota bomba yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd. Kassim akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam ini. - foto arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Selepas tiga minggu menjalani rawatan rapi, anggota bomba yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd. Kassim akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam tadi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang berada di Institut Jantung Negara untuk melawat Muhammad Adib mengesahkan perkara tersebut.

zuraidah
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin bersama keluarga Allahyarham Muhammad Adib di IJN.

Difahamkan jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba Jalan Hang Tuah untuk disembahyangkan selepas solat Subuh esok sebelum dikebumikan di Kedah.

Kesihatan allahyarjam semakin merosot sejak kelmarin dengan fungsi paru-paru mula mengalami penurunan beransur-ansur.

Muhammad Adib menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) pada 27 November lalu selepas cedera parah dalam kejadian tersebut.

Beliau kemudian dipindahkan ke Institut Jantung Negara. -MalaysiaGazette