Tanjung Bidara yang dahulunya sebuah perkampungan nelayan tradisional dan agak sepi kini berubah wajah menjadi antara destinasi pelancongan pesisir pantai utama di Melaka.
Dalam tempoh tiga tahun, sebanyak 212 projek pembangunan bernilai lebih RM41 juta dilaksanakan merangkumi pelbagai kemudahan asas dan sosioekonomi.















