Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup 701 unit iPhone ‘refurbished’ pelbagai model bernilai lebih RM716,000 yang disembunyikan dalam kotak sayur di sebuah bot di Pelabuhan Klang.
Dalam operasi berasingan, Kastam turut merampas 870,000 batang rokok tidak berkastam yang disorok dalam sebuah lori di Kuala Lipis, Pahang.















