Foto Instagram Zlatan Ibrahimovic.

NEW YORK – Zlatan Ibrahimovic akan kekal bersama kelab LA Galaxy untuk semusim lagi.

Pemain kelahiran Sweden yang berusia 37 tahun itu menyertai kelab Major League Soccer (MLS) pada Mac lalu.

Ibrahimovic berhijrah ke Amerika selepas bersetuju dengan penamatan kontrak bersama Manchester United.

Ibrahimovic menjaringkan 22 gol dalam 27 penampilan bersama LA Galaxy.

Bagaimanapun bekas bintang Paris Saint Germain itu gagal membuat penampilan akhir musim.

Kini dia dikaitkan pulang ke Eropah termasuk AC Milan di Itali.

Namun, bagi menafikan khabar angin itu, Ibrahimovic memperbaharui kontraknya untuk beraksi di MLS pada tahun depan.

Pemain itu juga telah memberi bayangan menerusi laman sosial Instagram pada Isnin lalu bahawa dia akan kekal bersama LA Galaxy.

MLS disifatkan sebagai liga persaraan untuk pemain-pemain yang sudah menjangkau usia dalam arena bola sepak.

Dalam akaun twitter peribadinya, Ibrahimovic berkongsi fotonya yang berdiri di bilik persalinan LA Galaxy dengan kapsyen berbunyi: “Saya belum lagi selesai dengan kamu” yang merujuk kepada LA Galaxy.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast