Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) berbual dengan Presiden Institut Pengurusan Malaysia (MIM), Tun Mohammed Hanif Omar (kiri) ketika hadir pada Majlis Siri Kepimpinan Mahathir Mohamad di Hotel Istana, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 DISEMBER 2018
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) berbual dengan Presiden Institut Pengurusan Malaysia (MIM), Tun Mohammed Hanif Omar (kiri) ketika hadir pada Majlis Siri Kepimpinan Mahathir Mohamad di Hotel Istana, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertegas status mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy hanya boleh diputuskan oleh beliau.

Menurutnya, rakyat boleh beri apa sahaja pendapat mengenai kepimpinan Waytha dalam menerajui portfolio perpaduan di negara ini namun itu adalah kuasa beliau untuk membuat keputusan.

“Rakyat boleh luahkan pendapat tapi ia terpulang kepada saya untuk putuskan mengenai kedudukan Waytha Moorthy.

“Saya belum putuskan lagi,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis Siri Kepimpinan Mahathir Mohamad di Hotel Istana malam tadi.

Hadir sama, Tun Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang juga Presiden Institut Pengurusan Malaysia (MIM).

Ditanya samada beliau berpuas hati dengan prestasi senator itu, Mahathir hanya berkata;

“Saya ok dengan prestasi kerja beliau,”

Hari ini, Armada PPBM menyerahkan memorandum kepada Mahathir yang turut menggesa agar Waytha  digugurkan sebagai menteri dan memorandum itu diserahkan kepada Mahathir hari ini di pejabatnya.

Untuk rekod, petisyen mendesak Waytha meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini ditandatangani lebih 279,156 orang setakat jam 4 petang tadi.

Petisyen menerusi tandatangan dalam talian Change.org itu dilancarkan bulan lalu atas beberapa faktor dan digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast