Pekerja-pekerja kontrakor melakukan kerja-kerja akhir dengan memasang banner pada tiang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang bakal tiba tidak lama lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat di Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid bertindak keluar UMNO bersama 30 anggota akar umbi parti itu di Langkawi hari ini.

Bersamanya adalah 7 ketua UMNO Cawangan yang turut keluar parti.

“Saya bersama 30 orang, kami semua datang dari Langkawi, ada ketua cawangan, AJK pemuda bahagian, ketua puteri.

“Keputusan ini diambil untuk teruskan agenda perjuagan Islam melalui parti yang sedang memerintah. Saya tak buat keputusan lagi nak sertai parti mana,” katanya memetik laporan sebuah portal berita.

Antara bahagian yang terlibat adalah dari Kampung Teluk, Kampung Huma dan Kampung Pasir Hitam serta ahli parti dari Kampung Padang Lalang, Ewa, Bukit Puteri, Kilim dan Kampung Kubang Badak di Langkawi.

Ujar beliau, tindakan mereka keluar parti beramai-ramai adalah kerana melihat UMNO berhadapan masalah hala tujunya.

Malah penyerahan kuasa kepada Datuk Seri Mohamad Hasan juga dilihat tidak mampu untuk menstabilkan kembali parti itu.

“Yang uniknya isu UMNO ini adalah masalah kepimpinan tertinggi. Tapi kita jangan lupa masalah hala tuju UMNO ini sampai ke bahagian, cawangan-cawangan.

“Pemulihan, gerak kerja, program hendaklah diambil kira. Jadi penyerahan kuasa pada Tok Mat (Mohamad Hasan) itu hanya formula, dan formula-formula lain ini oleh kerana kita sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang, atau ada masalah lain dalam UMNO,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast