Takziah untuk keluarga Allahyarham, Mohd Hafiz Nor Azman.

KUALA LUMPUR  – Promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan bagi menyiasat berhubung insiden mengorbankan pelumba cub prix, Mohd Hafiz Nor Azman semasa perlumbaan itu di Johor.

Pengarah SAM, Ron Hogg berkata pihaknya sudah mengemukakan segala butiran diperlukan, bahan dan laporan mengenai insiden tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan, seperti badan induk sukan permotoran negara, Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan juga pihak polis.

“Safe Aim Mutual Sdn Bhd, selaku promoter Kejuaraan Cub Prix Malaysia, bersama-sama penganjur, Kelab Sukan Permotoran Pulau Pinang, mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa siasatan AAM bagi menyiasat dan menganalisa insiden itu apabila kesemua laporan itu selesai.

“Kami juga akan memberi kerjasama penuh terhadap perkara tersebut,” kata Ron dalam kenyataan dikeluarkan SAM, baru-baru ini.-BERNAMA