PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan 76 warga asing termasuk dua lelaki yang bekerja secara haram di sebuah kelab malam di Jalan P. Ramlee, di sini awal hari ini.

Ketua Operasi Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, DSP Rohazah Alwi berkata, mereka yang merangkumi warga Filipina, Vietnam, Uzbekistan, Turki, Krygyzstan, Ukraine dan Bangladesh ditahan dalam operasi bermula 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan selain ada yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, kesemua mereka disiasat menurut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast