Kumpulan Seventeen

BANTEN – Pemain bass kumpulan pop rock Indonesia, Seventeen, M. Awal Purbani atau Bani meninggal dunia dalam bencana tsunami yang melanda Banten, Indonesia pada malam tadi.

Vokalis Seventeen, Ifan berkata, selain Bani, pengurus jelajah konsert mereka yang bernama Oki Wijaya juga meninggal dunia, menurut laporan media di negara berkenaan hari ini.

Seventeen sebelum itu membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort, Banten, ketika gelombang tsunami membadai lokasi tersebut sekitar jam 9.33 malam tadi, pada waktu Indonesia Barat.

“Kami kehilangan bassis kami, Bani, sama road manager kami Oki”

“Minta ikhlas doanya juga buat Bani sama Mas Oki. Terima kasih, assalamualaikum,” katanya pada hantaran di Instragram

Seventeen telah menghasilkan beberapa album, antaranya iaitu Bintang Terpilih (1999), Sweet Seventeen (2005), Lelaki Hebat (2008), Dunia Yang Indah (2011) & Sang Juara (2013).- MalaysiaGazette