Gelagat seorang ibu bersama anaknya memilih beberapa jenis kasut sekolah ketika membeli-belah barangan persiapan menjelang sesi persekolahan 2019 yang bakal tiba tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di salah satu pusat membeli-belah yang terletak di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR- Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menginjak ke tahun baharu,  ini bermakna musim cuti sekolah akan tamat.

Kini kita berada di penghujung tahun yang sinonim sangat dengan musim membeli-belah untuk anak-anak sebelum musim persekolahan kembali.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati rata-rata ibu bapa memanfaatkan saat-saat akhir ini untuk membeli alat kelengkapan anak-anak mereka seperti baju, beg, kasut dan buku-buku.

Bagi Y. Dewi , 42 oleh kerana mempunyai empat orang anak – dua di tahap sekolah menengah dan dua lagi sekolah rendah – perbelanjaan mereka disifatkannya berjumlah besar mencecah RM5,00 seorang.

Oleh kerana kos yang besar itu, Dewi terpaksa menyimpan sejak Januari lalu sebagai persediaan lebih awal agar bajet untuk semua anaknya mencukupi.

MGF23122018_HUMAN INTEREST PERSIAPAN SEKOLAH05
Dewi Yiren, 42 bercakap ketika ditemubual mengenai persiapan menjelang sesi persekolah 2019 yang bakal menjelang tidak lama lagi di salah satu pusat membeli-belah yang terletak sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 23 DISEMBER 2018

“Perbelanjaan memang saya kumpul duit setiap setahun sebab anak sekolah semuanya jadi perbelanjaan untuk buku, uniform, memang kos tinggi.

“Saya kena simpan banyak, setiap sebulan dari awal tahun dalam RM1,00 atau RM50,” katanya.

Begitu juga dengan Fazlina Abdul Rashid. Ibu berusia 42 tahun itu walaupun hanya mempunyai seorang sahaja anak namun perbelanjaan persekolahan setiap tahun tetap dirasakannya meningkat.

Malah Fazlina terpaksa mencuri masa untuk membeli-belah untuk anak lelakinya di ibu kota walaupun menetap di Kuantan, Pahang kerana pilihan memandangkan diskaun yang lebih banyak di Lembah Klang.

MGF23122018_HUMAN INTEREST PERSIAPAN SEKOLAH04
Fazlina Abdul Rashid, 42 bercakap ketika ditemubual mengenai persiapan menjelang sesi persekolah 2019 yang bakal menjelang tidak lama lagi di salah satu pusat membeli-belah yang terletak sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 23 DISEMBER 2018

“Daripada Kuantan kebetulan ada konvesyen adik hari ini, sayaambil kesempatan beli barang kelengkapan anak untuk buka sekolah.

“Rasanya tidak ada yang turun semua barang kelengkapan naik, walaupun anak saya seorang tapi setiap tahun perbelanjaan meningkat,” menurut pekerja swasta itu.

MGF23122018_HUMAN INTEREST PERSIAPAN SEKOLAH03
Fatmawati Muslim, 43 bercakap ketika ditemubual mengenai persiapan menjelang sesi persekolah 2019 yang bakal menjelang tidak lama lagi di salah satu pusat membeli-belah yang terletak sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 23 DISEMBER 2018

Dengan pekerjaan suami sebagai buruh dan dia sendiri mengambil upah menjahit baju sahaja, Fatmawati Muslim, 43, pula setiap tahun hanya akan fokus untuk menyediakan kelengkapan penting sahaja untuk dua anaknya yang bersekolah.

Jelas beliau, ini kerana ketidakmampuan akibat harga baju sekolah, beg dan kasut yang semakin mahal memaksa dia dan suami kadangkala ‘mengikat perut’ demi anak-anak.

“Memang hujung tahun waktu selalu beli, beli yang penting sahajalah, baju sepasang seorang.

“Hujung tahun waktu banyak diskaun, sebab perbelanjaan tiap tahun meningkat seluar sekolah sekarang paling murah lebih RM40,” tambahnya.

Musim persekolahan seluruh Malaysia tahun depan akan bermula pada 2 Januari. -MalaysiaGazette