TERKINI : “PAS Akan Menjadi Pembangkang Selama-lamanya” – Muhyiddin Yassin

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, andaian Pas yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya akan berkuasa dalam tempoh masa yang singkat atau tidak lebih lima tahun merupakan satu perkara yang tidak tepat.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa PH hanya akan berkuasa hanya selama lima tahun berikutan pelbagai polemik yang dialami pakatan parti itu ketika ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri MUhyiddin Yassin bercakap pada sidang media khas di ibu pejabat PPBM , Selangor.