TERKINI : “PPBM Akan Bincang Dengan Parti Warisan Sabah” – Muhyiddin Yassin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan memasuki Sabah selepas mendapat kata sepakat dengan Parti Warisan Sabah.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu tidak akan membuka cawangan di Sabah tanpa berunding dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Warisan kerana ia merupakan perjanjian sebelum PRU-14.

Beliau mengulas mengenai 2,000 rakyat Sabah yang menetap di Semenanjung Malaysia yang mengemukakan borang permohonan mereka untuk menyertai Bersatu di Shah Alam, Selangor semalam.