B40
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa pertama sebanyak RM300 akan dibayar pada 28 Januari ini (Isnin) mengikut pangkalan data dan kaedah lama.

Pembayaran BSH 2019 dijangka dapat memberi manfaat kepada 4.1 juta isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data dan kaedah lama bagi mempercepatkan pembayaran BSH sebelum Februari walaupun mungkin terdapat nama-nama penerima yang tidak lagi layak untuk menerima bantuan tunai tersebut.

“Setelah pangkalan data dikemaskini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baru seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

“Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk dua pembayaran BSH 2019 fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan

“Program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. Kriteria pembayaran dan kaedah baru akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BSH adalah program bantuan tunai bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi membantu meringankan bebanan kewangan dan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.-MalaysiaGazette