Topi keselamatan angggota bomba, Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim '17476' kini menjadi kenangan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Balai Bomba Subang Jaya, foto IQBAL BASRI, 19 DISEMBER 2018
Topi keselamatan angggota bomba, Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim '17476' kini menjadi kenangan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Balai Bomba Subang Jaya, foto IQBAL BASRI, 19 DISEMBER 2018

PETALING JAYA – Inkues melalui Mahkamah Koroner mungkin dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim yang terbunuh dalam kejadiian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Sinchew Daily melaporkan, walaupun ramai pihak menyatakan Muhammad Adib telah dipukul dan polis telah menahan lebih seratus orang untuk membantu siasatan, tetapi tiada seorang pun yang nampak mangsa dipukul semasa kejadian.

Menyulitkan keadaan,  doktor yang melakukan bedah siasat juga mendapati kecederaannya berlainan dengan keadaan biasa orang yang dipukul.

Dalam keadaan demikian, polis mungkin memilih untuk melakukan inkues bagi mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib.

Sumber memberitahu, pakar bedah siasat mengandaikan Muhammad Adib ditekan oleh benda besar dari depan dan belakang sehingga tulang rusuknya patah.

Selain itu, bahagian tangan, tubuh dan mukanya juga tidak mempunyai kesan yang selalu wujud pada orang yang dipukul.

Kemelut yang berlaku sekarang ialah polis kekurangan bukti menunjukkan Muhammad Adib dipukul walaupun ramai orang percaya mangsa telah dipukul sehingga cedera parah.

Bukti yang ada hanyalah perusuh yang ramai menyerang kereta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), tetapi tiada seorang pun nampak Muhammad Adib dipukul.

Hasil bedah siasatan Muhammad Adib dijangka diumumkan dalam minggu ini. – MalaysiaGazette