Intel
Ibu pejabat Intel di Santa Clara, California, Amerika Syarikat.

BAITULMAQDIS – Israel memberikan geran sebanyak 700 juta shekel (AS$185 juta) kepada Intel Corp. bagi membantu syarikat tersebut melaksanakan pelan perluasan operasi pengeluarannya di negara tersebut yang bernilai AS$5 bilion.

Intel adalah salah sebuah syarikat dan pengeksport terbesar di Israel yang mana kebanyakan teknologi baharu dibangunkan di situ.

Awal tahun ini, Intel telah mengumumkan rancangan untuk menaik taraf kilang pengeluaran Kiryat Gat di selatan Israel.

“Jawatankuasa Kewangan Parlimen Israel telah meluluskan geran sebanyak 700 juta shekel kepada syarikat,” kata jawatankuasa tersebut.

Ia memaklumkan dalam pelaburan sebanyak AS$5 bilion itu, kerajaan menjangkakan Intel akan mengupah 250 pekerja baharu dan menghasilkan pembelian tempatan sebanyak 2.1 bilion shekels.

Intel mungkin membuat keputusan untuk melebarkan operasinya di Israel dengan lebih luas pada 2019, kata Menteri Ekonomi negara tersebut, Eli Cohen.-Reuters