Keretakan yang dikesan di dalam unit kediaman Opal Tower. foto Agensi

SYDNEY – Beratus-ratus penduduk diminta meninggalkan sebuah menara kediaman di sini selepas keretakan dikesan untuk kali kedua.

Keretakan dikesan berlaku pada dinding pangsapuri berkenaan.

Penduduk sebelum itu dikejutkan dengan alat penggera apabila terdapat bunyi kuat kedengaran disusuli dengan keretakan.

Semasa loceng amaran dibunyikan kebanyakan penduduk di Opal Tower setinggi 38 tingkat itu baharu sahaja memasuki semula kediaman mereka.

Icon, syarikat yang membina bangunan itu menyatakan keadaan bangunan selamat tetapi memindahkan semula penduduk sebagai langkah berjaga-jaga dan membolehkan kerja-kerja siasatan dilakukan.

retak
Opal Tower

Menurut syarikat itu, tiada penduduk dalam keadaan bahaya dan memberi jaminan akan melakukan kerja-kerja pembaikan dengan secepat mungkin.

Sebelum ini, beberapa pihak berkuasa memaklumkan, 51 daripada 392 unit kediaman di bangunan yang baharu siap itu terjejas dengan masalah keretakan tetapi telah diisytiharkan selamat dan majoriti penduduk sudah kembali ke kediaman masing-masing.

Sebanyak 3,000 orang dipindahkan pada hari Isnin, selepas dinding sokongan dalaman di tingkat 10 bangunan itu didapati bermasalah, menurut pihak polis.

Icon pula mengesahkan panel konkrit di tingkat itu telah mengalami keretakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast