Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melahirkan rasa kurang senangnya dengan sikap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Menersi Twitter, Tunku Ismail mempersoalkan Syed Saddiq yang sukar untuk ditemui dan hanya membisu mengenai perkara itu.

Malah, tiada sebarang ketetapan untuk mengadakan mesyuarat sejak lapan bulan lalu bagi membincangkan hal tersebut meskipun sebelum ini menteri bertanggungjawab telah menyatakan kepada Exco Sukan dan Belia Negeri Johor bahawa peruntukan untuk SUKMA yang bakal diadakan di negeri itu sudah ada.

“Johor akan anjurkan SUKMA 2020. Sebelum ini menteri belia dan sukan berkata kepada Exco Sukan dan Belia Negeri Johor yang dia sudah ada belanjawan untuk SUKMA.

“Tetapi untuk lapan bulan yang lalu, tiada apa-apa. Tiada mesyuarat, tiada jawapan. Nak jumpa susah. Janji harus diletakkan ditempat yang pertama,” demikian ciapan baginda.

Johor akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran SUKMA 2020 yang bakal diserta 5,000 atlet dan pegawai dari setiap negeri.

Pelbagai acara dipertandingkan pada SUKMA tersebut dan persiapan mengenainya kini sedang giat dijalankan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. The playing field has to be even. If You think, you want to confront be ready to be confronted.

    Then again, don’t cry like a baby, if someone take a crack at you, to force that someone to make an apology, just because you ‘think’ Johore belongs to You, Your Family & Your Dynasty.

    Why can’t You let the State Exco do his Job?

Comments are closed.