KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) telah mengeluarkan amaran kepada mana-mana pemilik akaun Facebook yang mengeluarkan kata-kata kesat atau mencuba mencetuskan provokasi berbaur perkauman di laman rasmi milik persatuan itu.

FAP dalam satu kenyataan berkata, pihak admin telah sebulat suara akan mengambil tindakan kepada akaun si pelaku tidak mengira sebarang kompromi sama sekali.

“Admin-admin page telah sebulat suara bersetuju d imana sesiapa sahaja mengunakan kata-kata kesat dan kata-kata yang berbaur perkauman akan diambil tindakan. Tiada kompromi sama sekali.

“FAP memberi alasan tujuan tindakan itu dilakukan atas beberapa faktor kerana kanak-kanak, remaja dan orang luar turut dapat membaca komen di laman itu.

Kami menerima kritikan dengan hati yang terbuka, dan berharap dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan penyokong,” tegas kenyataan itu.

Dalam pada itu, FAP menafikan tuduhan dari sesetengah pihak yang mendakwa bahawa admin laman itu akan menyekat akaun pengguna apabila memberikan memberi kritikan mengenai pasukan.

“Kami ingin menafikan yang admin-admin page akan “Block/Ban” atau juga menyekat komen “Emoji” seperti yang diperkatakan di media sosial yang lain.”

“Kami sentiasa menghargai kritikan membina dan berterima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada pasukan.”

“Demi Pulau Pinang, ‘Bahasa melambangkan Bangsa’,” kata kenyataan itu lagi.- MalaysiaGazette