Tabung Haji
Laporan yang menyebut cawang Tabung Haji kehabisan duit adalah fitnah semata-mata.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof diminta menjelaskan mengapa Lembaga Tabung Haji (TH) menjual saham-saham miliknya kepada sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) ketika harga rendah.

Tindakan TH menjual aset-asetnya sekarang hanya memberi keuntungan kepada pihak yang membeli dan merugikannya.

Presiden Sukarelawan Malaysia, Hizatul Isham Abdul Jalil berkata, harga saham sesuatu syarikat akan turun naik setiap hari oleh pelbagai faktor luaran atau dalaman, namun jika asas perniagaan syarikat itu baik, TH perlu mengekalkan pegangan pelaburan ke atas syarikat tersebut.

Beliau mengulas mengenai tindakan TH memindahkan aset-aset miliknya kepada syarikat bertujuan khas (SPV) baru-baru ini.

Antaranya ialah Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham dipindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) and Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) and TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).

Isham berkata, keputusan penjualan aset-aset itu kemungkinan besar dividen TH berkurangan kerana aset berharga sudah tiada. – MalaysiaGazette