TERKINI : “PM Telah Beri Amanah Untuk Mengetuai NFCC” – Mustafar Ali

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali akan mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) bermula 2 Januari ini sebagai Ketua Eksekutif.

Menurut Mustafar, beliau telah menerima secara rasmi surat perlantikan tersebut daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). NFCC adalah sebuah agensi baharu ditubuhkan kerajaan dalam usaha untuk mengekang aktiviti penggubahan wang haram.

Mustafar yang enggan mengulas secara terperinci mengenai tugasan baharunya itu berharap supaya dapat meneruskan kecemerlangan seperti yang telah dilakukan semasa berada di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Integriti Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.