Lee Chong Wei
Lee Chong Wei.

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bakal kembali ke gelanggang dalam tempoh tiga bulan lagi.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu yang baru pulang ke tanah air selepas menjalani rawatan di Taiwan pada cuti Krismas lalu berkata, perancangannya pada masa ini adalah mahu kembali beraksi di kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung April depan.

Menurutnya, beliau telah mendapat lampu hijau namun, terpaksa melupakan hasrat untuk berada dalam gelanggang kejohanan All England pada Mac ini.

“Kejohanan antarabangsa pertama saya boleh jadi Terbuka Malaysia (2 hingga 7 April).

“Saya menang kali ke-12, tahun lalu sebelum saya jatuh sakit. Ia bagus untuk bermula semula di sini.

“Saya harap ranking saya tidak jatuh teruk. Saya juga mahu bertanding pada Piala Sudirman di China (19 hingga 26 Mei). Ia akan jadi kejohanan utama pertama yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik,” katanya dipetik dari Mstar Online.

Dalam pada itu, Chong Wei mengharapkan agar 2019 menjadi tahun yang lebih baik buat dirinya.

Katanya, ketika ini beliau berhasrat mahu menghabiskan masa rehatnya bersama isteri dan dua anaknya.

“Ia Malaysia Baharu dan saya harap kita akan kembali bekerjasama bukan sahaja dalam sukan tapi semua perkara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast