Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan khidmat meja bantuan (help desk) di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi membantu ibu bapa yang memerlukan penjelasan atau maklumat berkaitan sesi persekolahan 2019.

Para ibu bapa boleh menggunakan kemudahan itu untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu seperti pemansuhan Peperiksaan Tahap Satu (tahun satu, dua dan tiga), buku teks, bantuan awal persekolahan dan pendaftaran sekolah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia tanpa dokumen.

Khidmat Help Desk ini akan beroperasi mulai esok dan beroperasi pada waktu pejabat,” kata KPM dalam kenyataan di sini.

KPM berkata, ibu bapa boleh menghubungi JPN di negeri masing-masing pada talian di bawah ini.

Perlis – 04-9737693, Kedah (04-7404000), Pulau Pinang (04-6521012), Perak (05-5015109), Selangor (03-55108711), Kuala Lumpur (03-62046145/46) dan Putrajaya (03-88890000).

Manakala Negeri Sembilan 06-7653192, Melaka (06-2325542), Johor (07-310000), Pahang (09-5715741), Kelantan (09-7418082/8092), Terengganu (09-6213003), Sabah (088-537111), Sarawak (08-2473712/08-2473742) dan Labuan (087-583360). – MalaysiaGazette