Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bercakap kepada media selepas pada Walkabout Tempat Larangan Merokok di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 01 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan paras kandungan tar dan nikotin dalam rokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada penilaian semula yang akan dibuat pada masa ini.

Pada Januari 2013, BN bercadang untuk pengurangkan kadar tar dan nikotin dalam rokok dalam usaha mengatasi penyakit berpunca daripada bahan tembakau.

“Kita kekal dengan apa yang status qou, tidak ada penilaian semula selain ada perkara baru yang kita mahu kemas kini dan ia kekal seperti mana yang telah dibuat.

“Kita sedar akan perkara itu, selagi tidak ada cadangan baru, ia akan kekal begitu,” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan dalam program ‘Walkabout promosi tempat makan sebagai kawasan larangan merokok’ hari ini.

Untuk rekod, kandungan sebatang rokok di negara ini ketika ini tidak melebihi daripada 20 miligram (mg) tar serta 1.5 mg nikotin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast