Datuk Seri Mustapha Mohamed.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapha Mohamed menafikan dakwaan dirinya telah melarikan sebahagian peruntukan UMNO Kelantan dan kemudian mengagihkannya kepada isteri dan anak-anaknya.

“Tuduhan ini adalah tidak berasas dan saya nafikan sekeras-kerasnya. Sepanjang saya menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan (BPUNK), saya tidak pernah menyalurkan sebarang peruntukan BPUNK kepada diri saya atau keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut bekas ahli UMNO itu, sesiapa yang mahukan kepastian bolehlah merujuk kepada Pengerusi BPUNK sekarang ataupun mantan Setiausaha BPUNK.

“Sempena kita melangkah ke tahun baru ini, saya doakan budaya politik matang akan semakin subur dan kita semua dijauhkan dari fitnah,” ujarnya.

Beliau sebelum itu keluar dari UMNO dan kini menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast