DUa batang jarum yang ditemui dalam buah anggur. foto AGensi

SINGAPURA – Pasangan dari Melbourne, Australia menemui dua batang jarum pada anggur yang beli dari sebuah pasar raya di Woolsworths di Craigieburn.

Skenda Hasa dan pasangannya, Shams Alsubaiy terperanjat apabila menemui jarum itu, menurut laporan 9 News Melbourne.

Alsubaiy menemui jarum apabila jarinya tertusuk benda tajam ketika mengambil buah itu selepas makan malam.

“Apabila kami memotong buah itu, terdapat jarum di dalamnya,” kata Hasa.

Mereka menemui dua jarum selepas memotong semua buah anggur tersebut.

Alsubaiy yang sedang mengandung bersyukur kerana tidak tertelan jarum berkenaan.

Polis Australia telah mengesah menerima laporan berhubung perkara itu dan siasatan sedang dijalankan.

Pihak polis menggesa orang ramai untuk melaporkan kes pencemaran buah yang sama jika ada.

Malah, polis turut mengeluarkan amaran bahawa sesiapa yang mencemarkan produk makanan boleh didakwa dan dikenakan hukuman sehingga 10 tahun penjara – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast