KUALA LUMPUR – Pengguna Facebook, Eric Liew memohon maaf dan menarik balik komen biadap yang dilakukan beliau terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Eric berkata, komen biadap terhadap Sultan Muhammad V yang disiarkannya pada hari ini adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan.

“Saya telah menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada kumpulan yang mana saya telah membuat kenyataan tetapi ia telah tular,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Komen biadap berbunyi ‘Too busy fornicating with his new bride’ mendapat kritikan hebat daripada nitizen.

Malah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak polis mengambil tindakan segera ke atas pemilik akaun Facebook itu kerana menghina Sultan Muhammad V.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan Eric yang mengaitkan peletakan jawatan baginda dengan zina adalah perbuatan yang melampau dan fitnah jahat. – MalaysiaGazette