Foto Twitter rasmi BAM.

KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei kembali menjalani latihan buat kali pertama selepas beliau disahkan pulih daripada kanser hidung.

Laman Twitter rasmi Persatuan Badminton Malaysia ( BAM ) mengesahkan perkara itu apabila memuat naik gambar Chong Wei sedang berehat dengan kapsyen “Lihat siapa kembali! Juara di sini.”

Beliau dilapor tiba di gelanggang Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara pada pukul 8.13 pagi tadi.

Namun difahamkan, jaguh badminton negara itu tidak membenarkan sesi latihannya hari ini dirakam atas sebab-sebab tertentu.

Chong Wei juga pernah memberitahu kanser yang dihadapinya bukan satu penghalang buat beliau untuk meraih emas di Olimpik Tokyo pada 2020. – MalaysiaGazette