Jose Mourinho. Foto Instagram

LONDON – Jose Mourinho mula bermain tarik tali untuk memilih pasukan baharu apabila dia menolak tawaran mengemudi Benfica.

Sky Sport melaporkan bekas pengurus Manchester United itu yang dipecat pada bulan lalu ditawarkan peluang untuk kembali melatih kelab di negara kelahirannya, Portugal.

Benfica ketika ini mencari jurulatih baharu selepas pemecatan Rui Vitoria dan melihat Mourinho sebagai calon terbaik untuk jawatan tersebut.

Namun Mourinho didakwa menjual mahal dan menolak tawaran untuk kembali menjadi jurulatih bulan ini.

Mourinho dikatakan mahu menguruskan kelab terkemuka dan kelab Portugal menjadi pilihan terakhirnya.

Pengendali berusia 55 tahun itu pernah memimpin Porto dan membantu pasukan itu menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2004. – MalaysiaGazette