Harga ikan meningkat pada bulan Mei.

KUALA LUMPUR – Larangan eksport selama dua bulan untuk memastikan bekalan mencukupi pada musim Tahun Baharu Cina telah menyebabkan lambakan untuk beberapa jenis ikan kecil.

China Press melaporkan, kemudahan sejuk beku di negara ini pada masa ini sedang menyimpan lebih daripada 10,000 tan ikan-ikan kecil yang kurang mendapat sambutan di pasaran domestik.

Jabatan Perikanan telah menguatkuasakan larangan eksport makanan laut segar atau sejuk beku untuk enam jenis hasil laut termasuk udang serta ikan bawal, kembung, selayang, pelaling dan selar.

“Kami bersetuju supaya ikan bawal dan udang dilarang eksportnya pada musim Tahun Baharu Cina, tetapi bukan untuk ikan kecil yang lain.

“Ikan-ikan seperti kembung, selayang, pelaling dan selar kurang mendapat sambutan di pasaran tempatan dan jarang dimasak pada Tahun Baharu Cina atau hari-hari biasa,” kata Presiden Persekutuan Perikanan, Xie Tian Xi.

Katanya, Ikan-ikan kecil itu selalu dijual dengan harga murah sebagai makanan kepada ternakan.

Walaupun kurang sambutan di Malaysia iaitu dijual kira-kira RM1 sekilogram, tetapi harganya boleh mencecah RM3.50 jika dijual ke Filipina.

Kata Tian Xi, wakil industri perikanan termasuk pemborong akan bertemu dengan pihak Jabatan Perikanan pada 22 Januari, dan mereka berharap kerajaan akan membenarkan eksport untuk ikan kembung, selayang, pelaling dan selar.

“Kebenaran eksport akan menyelesaikan masalah lambakan Ikan-ikan kecil di kemudahan sejuk beku di seluruh negara,” katanya.