TERKINI : Pendedahan AWSJ “Kerajaan Akan Siasat Secara Telus” – Azmin Ali

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan akan membuat siasatan secara telus dan akauntabiliti terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan salah laku dalam pentadbiran lepas.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata, kerajaan hanya akan ambil tindakan sekiranya pihak mendapat bukti kukuh walaupun melibatkan negara asing.