Jet pejuang Mirage 2000-D

PARIS – Para penyelamat sedang mencari dan mengesan dua anak kapal pesawat pejuang yang terhempas di kawasan pergunungan semalam.

Bangkai pesawat Mirage 2000-D telah ditemui berhampiran Mignovillard di wilayah Jura.

Pesawat itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan sejurus selepas berlepas dari Pangkalan Udara Nancy-Ochey.

Semasa kejadian, pesawat pejuang itu sedang mengadakan latihan pada ketinggian rendah.

Pihak berkuasa tidak menerima sebarang panggilan sejak pesawat itu terhempas.

“Kami berharap kedua mereka selamat tetapi sehingga hari ini mereka masih hilang,” kata jurucakap tentera udara, Kolonel Cyrille Duvivier.

Malah, katanya, tidak ada isyarat kerusi pesawat injal melantun.

Mengulas mengenai laporan penemuan payung terjun bersama serpihan pesawat, Duvivier berkata, terlalu awal untuk menyatakan ia dimiliki oleh anak kapal atau pesawat tersebut.

Pesawat itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan sejurus selepas berlepas dari Pangkalan Udara Nancy-Ochey. – MalaysiaGazette