Penunjuk perasaan meletakkan batu di tengah-tengah jalan raya dalam protes kenaikan harga minyak di Harare, Zimbabwe. foto Agensi

HARARE – Beberapa orang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Zimbabwe selepas kerajaan menaikkan harga petrol.

Harga petrol dinaikkan daripada AS$1.24 seliter kepada AS$3.31 dan diesel pula AS$3.11 berbanding AS$1.36 seliter.

Beratus-ratus orang penunjuk perasaan ditahan dalam bantahan jalanan yang diadakan di Harare dan Bulawayo.

Mereka membakar tayar-tayar sebagai halangan di jalan raya dan laluan bas.

Presiden Emmerson Mnangagwa berkata, kenaikan harga itu bagi menangani kekurangan bekalan yang disebabkan oleh dagangan secara haram bagi menyelamatkan ekonomi negara.

Zimbabwe mengalami inflasi yang tinggi sementara gaji statik.

Menteri Keselamatan, Owen Ncube mengesahkan ada kematian tetapi tidak memberi angka.

Beliau menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang dan kumpulan politik kerana terlibat dalam tunjuk perasaan.

Negara Afrika Selatan menghadapi kekurangan wang tunai Amerika Syarikat yang tinggi dan keyakinan terhadap nota bonnya, yang sepatutnya nilai sama dengan dolar juga rendah.

Nota-nota bon, atau bollar, telah kehilangan nilai kerana kekurangan mata wang asing yang menyokong nota dan kini bernilai kurang dari satu dolar.

Syarikat-syarikat Zimbabwe juga tidak menghasilkan pengeluaran yang mencukupi cukup untuk memenuhi permintaan tempatan atau memperoleh mata wang asing dengan mengeksport barangan.

Sebaliknya, negara ini mengimport lebih daripada yang dieksport dan kini bergelut untuk membayar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast