CALIFORNIA- Walt Disney Co. akan mempamerkan perkhidmatan yang ditunggu-tunggu iaitu tayangan atas talian yang akan menandingi Netflix semasa mesyuarat pelabur pada 11 April depan.

Perkhidmatan yang merangkumi filem dan persembahan televisyen daripada jenama Disney seperti Marvel, Pixel dan jenama-jenama lain dijangka diperkenalkan kepada umum hujung tahun ini.

Ia merupakan perkhidmatan tayangan atas talian yang memfokus kepada keluarga milik syarikat itu selepas ESPN+ dan Hulu.

Dalam kalangan syarikat-syarikat media tradisional, Disney membuat keuntungan terbesar dalam perkhidmatan tayangan dalam talian dan langganan bulanan.

Syarikat itu akan menyelesaikan pembelian aset 21st Century Fox Inc bernilai AS$71 bilion yang bakal membawa lebih banyak filem dan francais televisyen ke pawagam, televisyen dan atas talian.-MalaysiaGazette