Datuk Seri Najib Tun Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Keceluparan chef selebriti, Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang ingin menampar bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengundang kecaman pengguna laman sosial.

Perkara itu dapat dilihat selepas Najib memuat naik hantaran di Facebook berhubung tindakan seorang individu dipercayai Chef Wan yang teringin untuk menamparnya.

Rata-rata netizen yang memberikan komen tidak bersetuju dengan tindakan Chef Wan yang dianggap melampau dan biadap.

Don Mahathir yang memberikan komen berkata; “Perangai Chef Wan sebiji macam pemimpin PH..suka maki dan panas baran..Dia tak kena Penampar dari Allah lagi kot kerana keceluparan mulutnya? Dah kena esok mungkin bisu, lumpuh, hilang ingatan?

Seorang lagi pengikut Najib, Shamsul Ismail memberikan komen; “Usah peduli mangkuk hayung tu DSN, mereka dah mula goyang dengan DSN. Teruskan perjuangan DSN,” ujarnya.

Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan pengikut yang memberikan komen memohon maaf kepada Najib ekoran tersilap membuat keputusan memilih kerajaan pada pilihan raya umum yang lalu.

Yuusuke Godai berkata; ” Di sini saya mengambil kesempatan mohon maaf pada DS Najib sebab pernah fitnah dan maki DS Najib sebab terpengaruh dengan propaganda kebencian dan cerita karut terhadap DS Najib oleh pemimpin PH terutama DSAI Mat Sabu dan LGE,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu bagaimanapun tidak terkesan dengan kata-kata Chef Wan.

Dalam hantaran di Facebook, Najib berkata, dia tidak tahu mengapa ada seorang berang dan mahu menamparnya.

“Saya baca, tutup, keluar minum kopi di Podium. Tengok. Saya ok, steady saja,” katanya.

Tetapi, Najib berkata, peneroka tahu apa ayahandanya,  Allahyarham Tun Razak dan beliau telah buat untuk memajukan industri sawit.

Terdahulu, Chef Wan dilapor berkata demikian semasa hadir berkempen untuk Pakatan Hatrapan di Felda Sungai Koyan 1, di Jelai, Cameron Highlands.

Puncanya, Chef Wan tidak merestui langkah Felda semasa ditadbir kerajaan Barisan Nasional memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah.

Kata Chef Wan, pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN ‘merompak’ agensi terbabit sehingga bankrap. – MalaysiaGazette