KUALA LUMPUR – Lama menyepi selepas melahirkan anak kedua 10 September tahun lalu, Adira Suhaimi itu kini muncul dengan single terbarunya bertajuk Pujaan Hati.

Singlenya ini telah pun menjadi soundtrack kepada drama bersiri di slot Akasia TV3 bertajuk ‘Pujaan hati Kanda’ lakonan Remy Ishak, Mira Filzah, Reen Rahim, Syazwan Zulkifly dan Sarah Hildebrand.

Balada taruhan Adira atau Siti Adira Suhaimi ini merupakan hasil gubahan komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali manakala lirik pula ditulis oleh Ikhwan Fatanna bersama-sama penerbit drama ‘Pujaan Hati Kanda’ iaitu Left. Kol. Arisz Ab Rahman.

Lagu ini merupakan single pertama Adira sejak bernaung di bawah syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.

Sejak dilancarkan pada 17 Disember 2018, video lirik “Pujaan Hati”yang dimuatnaik di saluran YouTube Nova Music Videos sudah pun mencapai tontonan lebih sejuta.- MalaysiaGazette