Seorang anggota polis membuang undi semasa pengundian awal Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Balai Polis Brinchang, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 22 JANUARI 2019.

BRINCHANG – Seramai 247 anggota polis yang layak akan membuang undi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands hari ini.

Proses pengundian awal melibatkan dua tempat mengundi iaitu di Balai Polis Brinchang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dan Balai Polis Sungai Koyan untuk DUN Jelai.

Pengundi awal bagi DUN Tanah Rata melibatkan seramai 232 anggota polis manakala DUN Jelai pula membabitkan 15 orang sahaja.

Kedua-dua pusat mengundi awal ini akan dibuat jam 8 pagi ini dan akan ditutup masing-masing tepat jam 5.30 petang dan 2 petang.

MGF22012019_UNDI AWAL PRK CAMERON 27
Sebahagian anggota polis beratur bagi membuang undi sempena hari pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Balai Polis Brinchang, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 22 JANUARI 2019.

Calon Bebas, Wong See Yee sedang berbual dengan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Ashari Abu Samah di Pusat mengundi awal di Balai Polis Brinchang, pagi ini.Calon Bebas, Wong Seng Yee antara pencabar PRK Cameron Highlands yang paling awal berada di Pusat mengundi di Balai Polis Brinchang kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

PRK Parlimen P.078 Cameron Highlands bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), BN dan Bebas pada 26 Januari ini.

Mereka terdiri daripada calon PH daripada DAP, M Manogaran, Ramli Mohd Nor (BN) dan dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee. – MalaysiaGazette