KUALA LUMPUR – Selepas dinobatkan sebagai king troll kini Datuk Seri Najib Razak menjadi penyanyi pula nampaknya.

Bersama sekumpulan remaja, video bekas Perdana Menteri itu menyanyikan Harapan Dusta yang mengambil melodi lagu ‘Hatiku Luka Lagi’ dari kumpulan Black Dog Bone di studio rakaman.

Seperti biasa, liriknya ditukar ‘menghentam’ Pakatan Harapan (PH) dan mengisahkan kehidupannya selepas kekalahan Barisan Nasional pada PRU-14.

Suara latarnya turut diubah seperti ‘PH pendusta’ dan ‘manifesto kau reka, memang PH penipu’.

Video berdurasi empat minit setengah itu tular di media sosial oleh para penyokongnya.

Sebelum itu, ada juga lagu direka khas untuk Najib sempena trend motto beliau sekarang ‘Nak Malu Apa Bossku’.

Nampaknya bekas Presiden UMNO itu semakin aktif ‘menyerang’ parti kerajaan dengan menggunakan media sosial – satu cara yang berbeza berbanding beliau masih ditampuk kuasa dahulu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast