Siti Kassim

KUALA LUMPUR – Peguam kontroversi, Siti Kassim menempelak kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berhubung video viral memaparkan aksi mak nyah memukul wanita perlu dikategorikan sebagai lelaki yang memukul wanita.

Menurut Siti Kassim, Dr Maza harus adil terhadap golongan wanita juga, yang mana kaum itu turut terlibat dalam serangan seksual dan sebagainya.

“Di manakah suara Dr Maza apabila orang yang dipanggil lelaki sebenar merogol, mencabul, gangguan seksual, memukul wanita dan melakukan jenayah terhadap wanita,” katanya di akaun Twitter.

Ciapan itu merujuk kepada kenyataan Dr Asri bahawa masyarakat mesti menghakimi situasi berkenaan dan perlu bertindak seperti mana melihat lelaki memukul wanita.

Perang mulut antara Dr Maza dan Siti Kassim sebelum ini berlarutan mengenai isu Lesbian, Gay, Transgender, dan Biseksual (LGBT).

Malah Dr Maza pernah mengajak Siri Kassim berdebat berhubung isu berkenaan.

Beliau turut mendakwa Siti Kasim hanya membuat ‘bising’ dalam isu LBGT, seolah-olah sokongan daripada aktivis hak asasi manusia itu dan golongan LGBT sahaja yang menyebabkan kerajaan hari ini dapat memerintah.

Semalam tular di media sosial, video berdurasi seminit dua saat memaparkan seorang individu mendakwa telah diserang dan ditampar oleh beberapa orang mak nyah sehingga berlaku pergelutan pada Sabtu lalu.

Kejadian itu dipercayai menimpa seorang perunding kecantikan di sebuah farmasi di pusat beli belah di ibu negara. -MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/01/29/mak-nyah-tetap-lelaki-dr-asri/