Pengurus Pak John Steambot & BBQ Cawangan IOI Putrajaya, Zuera Ibrahim.menunjukkan makanan stimbot ketika sesi reviu di restioran tersebut di IOI Putrajaya baru-baru ini.

SERDANG – Berita gembira buat peminat stimbot dan panggang apabila Pak John Steamboat & BBQ (Pak John) telah memperkenalkan tujuh menu baharu di cawangan pusat membeli-belah, IOI City Mall.

Pengarah Urusan Pak John, CS Chong berkata, pelanggan kini boleh menikmati menu tambahan itu seperti Sup Ikan, Kulit Ikan Goreng Bersalut Kari, Kulit Ikan Goreng Bersalut Telor Asin, Sotong Teriyaki, Sotong Kari, Sotong Lada Hitam dan Sotong Madu,

Beliau berkata, pengenalan menu sup ikan itu dicipta khas untuk pelanggan-pelanggan setia mereka sebagai pilihan menu popular sebelum ini iaitu tom yam.

Pak John Steambot & BBQ
Pak John Steamboat dan BBQ menawarkan lebih 150 menu di cawangan di E@Curve, Damansara dan IOI City Mall Putrajaya.

“Semua menu baharu ini bercitarasakan Korea memandangkan negara itu begitu popular dalam kalangan masyarakat negara ini sama ada makanan atau pun muzik k-pop yang popular.

“Sup ikan yang sangat popular di Korea namun resepi nya telah diolah mengikut citarasa tempatan. Selain rasanya enak, sup ini baunya harum dan segar kerana menggunakan isi ikan siakap.

“Selain itu, Pak John juga memperkenalkan resepi baru sempena tahun 2019 ini iaitu kulit ikan yang digoreng bersalut kari  dan telor asin.

Pak John Steambot & BBQ
Menu baharu di Pak John Steamboat & BBQ bercitarasakan Korea.

“Menu kulit ikan ini istimewa kerana rasanya yang rangup dan kulitnya diambil daripada ika Dory yang semua orang tahu khasiat dan kebaikannya,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika sesi previu menu baharu itu baru-baru ini.

Chong memberitahu menerusi pengenalan menu Sup Ikan, Pak John kini menawarkan enam jenis perisa sup untuk dinikmati pelanggan setianya.

Jelasnya, sotong pula dipilih sebagai menu baharu memandangkan hidupan laut itu menjadi menu kegemaran masyarakat negara ini.

Pak John Steambot & BBQ
PUTRAJAYA 11 JANUARI 2019 – Sesi fotografi food review makanan steambot di Pak John Steambot & BBQ di IOI Putrajaya, di sini, hari ini.
GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
PEMBERITA : RABIATUL ADAWIYAH (MINGGUAN)

“Jika sebelum ini menu Pak John lebih kepada ayam, ikan dan daging lembu untuk dipanggang, kini pengemar sotong juga boleh menikmati empat perisa menu baharu.

“Pada masa sama, menu bebola ikan, ketam, sotong, siput dan  kupang masih menjadi pilihan pelanggan sama ada untuk stimbot atau dipanggang.

“Malah pelbagai jenis sayuran juga tersedia untuk dinikmati di samping beberapa  menu saperti ais krim, wafer da  ais kacang serta menu premium dim sum, kepingan daging lembu, kambing, itik dan abelon,” katanya.

pak john 3 (1)
Pelbagai jenis sayuran juga disediakan untuk dinikmati.

Sementara itu, Pak John yang beroperasi sejak empat tahun lalu menawarkan pakej lebih 150 menu di dua cawangannya di E@Curve dan IOI City Mall Putrajaya.

Namun yang menarik Pak John masih mengekalkan harga lama antara RM32.90 dan RM42.90 bergantung hari biasa dan hari minggu bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak.

Bagi warga emas, harga yang dikenakan adalah RM24.70 pada hari biasa dan RM 32.20 pada hari minggi manakala golongan pelajar dikenakan harga RM 27.90 pada hai biasa dan tiada  diskaun hari minggu dan cuti umum.

Untuk membuat tempahan Pak John Steambot & BBQ di E@Curve, Damansara dan IOI City Mall Putrajaya, pelanggan boleh menghubungi talian 03-8957 1128.

Pak John dibuka setiap hari bermula pukl 11 pagi hingga 10 malam. – MalaysiaGazette