Logo Shell

NEW YORK – Harga minyak global naik lebih daripada 2 peratus dalam dagangan hari ini selepas Amerika Syarikat melaksanakan sekatan ke atas firma minyak Venezuela, PDVSA.

Langkah itu dilihat satu pendekatan untuk mengekang eksport oleh anggota OPEC.

Niaga hadapan Brent melonjak sebanyak AS$1.42 kepada AS$61.35 setong, naik 2.4 peratus.

Manakala West Texas Intermediate (WTI) diniagakan kepada AS$53.36 setong, menambah 2.6 peratus.

“Situasi Venezuela sangat menyokong. Saya tidak fikir ia memberi kebimbangan dalam pasaran yang akan memberi kesan kepada bekalan, ia hanya memberi menyebabkan bekalan berkurangan,” katanya Phil Flynn, seorang penganalisis Price Futures Group.

Venezuela adalah antara pengeluar minyak mentah terbesar di dunia dan Amerika Syarikat merupakan pelanggan terbesar, kira-kira separuh daripada jumlah eksport negara itu, diikuti India dan China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast