KUALA LUMPUR – Jenama tumpuan utama Telekom Malaysia Bhd (TM), Unifi hari ini melancarkan mudah alih unifi baharu terdiri daripada empat pelan pascabayar, bersempena dengan #khabarbaik campaign.

Pelan pascabayar baharu itu mempunyai kuota pecahan untuk evolusi jangka panjang (LTE) dan 3G, manakala bagi pilihan Unifi Mobile 19, pelanggan akan mendapat data 2GB (1GB LTE + 1GB 3G) dengan lima minit panggilan dan 25 SMS.

Pilihan seterusnya untuk RM29 sebulan mempunyai 3GB kuota (2GB LTE + 1GB 3G), manakala pelan RM39 sebulan memperuntukkan 5GB kuota (4GB LTE + 1GB 3G). Unifi Mobile 29 dan 39 dengan 50 minit panggilan dan 25 SMS.

Pemangku Naib Presiden Eksekutif Unifi Moharmustaqeem Mohammed berkata: “Menjadi komitmen kami untuk memastikan akses kepada sambungan Internet berpatutan dan lancar kepada rakyat Malaysia.”

Sementara itu, TM komited untuk membawa jalur lebar berkelajuan tinggi kepada pelanggan melalui teknologi alternatif oleh syarikat atau penyedia infrastruktur lain.

“Di mana teknologi membenarkan, TM menggandakan kelajuan Streamyx pada harga sama dengan pelan jalur lebar semasa,” kata Moharmustaqeem.

Pada 2017, TM memperkenalkan pelan mudah alih unifi pada RM99 sebulan. – MalaysiaGazette