Foto Instagram Syed Saddiq.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya menjawab isu kontroversi yang membabitkan abangnya dengan pelakon Emma Maembong.

Ahli Parlimen Muar itu memberitahu, beliau tidak perlu berkongsi hal keluarga berkaitan teguran dan perbincangan kepada orang ramai.

Syed Saddiq menjawab isu itu kepada pengikutnya di laman Instagram.

Ia bermula apabila seorang netizen menyarankan Saddiq agar menegur abangnya, Syed Abdullah yang dianggap telah mencalarkan nama keluarga mereka.

“Saya di sini ingin menyarankan supaya YB tegur abang YB kerana dia telah mencalarkan maruah keluarga YB,” tulis netizen terbabit.

Tanpa menunggu lama, Saddiq membalas komen itu.

“Saya tidak perlu beritahu satu dunia berkenaan teguran ataupun perbincangan di antara keluarga.

He is still my brother, saya akan sentiasa doakan untuk dia,” tulisnya.

Baru-baru ini, tular beberapa gambar Abdullah bersama Emma dan seorang wanita yang bergambar duduk di celah kangkangnya dalam sebuah bilik.

Syed Abdullah mengakui wanita yang bergambar bersamanya di sebuah restoran adalah Emma dan menegaskan bahawa individu yang bergambar di celah kangkangnya itu adalah wanita lain. – MalaysiaGazette