Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JANUARI 2019
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR- Seorang usahawan muda yang juga pengasas minuman Hausboom mendakwa ditipu oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut Azri Zahier Azmi, empat bulan lepas, beliau telah dihubungi oleh pegawai KBS yang mahu beliau menaja produknya untuk mesyuarat kabinet.

Sebagai balasan, Syed Saddiq akan membaca profil usahawan terbabit dan mempromosinya produk berkenaan di Instagram menteri tersebut.

“Dua points; baca profil and promosi di IG peribadi dia. Aku pegang dua-dua ini. Sebab waktu tu aku fikir, boleh la menteri-menteri kabinet ni jadi pushing power untuk bantu produk aku memasuki kedai sukaneka besar-besar, hypermarket dan stesen petrol yang kerek-kerek menindas produk usahawan muda Malaysia ni.

“Promosi di IG bunyinya bodoh je tetapi buat siapa yang tahu, kita sanggup bayar beribu untuk influencer muat naik produk kita.

“Maka aku pun on la. Buat profil cantik-cantik, siap ada kad reka khas (Kitorang buat ala-ala music zine).

“Staff berjaga siapkan semua. Tau-tau je la pasukan aku kalau nak buat sesuatu mesti buat kaw-kaw punya. Kami memang bersungguh-sungguh!

“Tetapi kalau manifesto pun ahli politik boleh kencing, takkanlah janji yang ini dia akan tunaikan pulak?

“Produk aku diletakkan di atas meja mesyuarat kabinet. Profil aku TIDAK DIBACA.

“Produk aku tidak dimuat naik di IG beliau. Tidak seperti dijanjikan,” katanya di dalam hantaran di Facebook beliau.

hausboom
Luahan pengasas Hausboom terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Menurut Azri, beliau telah menulis surat kepada Syed Saddiq dan Timbalan Pengarah KBS bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Malangnya, tiada maklum balas yang diterima daripada menteri berkenaan manakala timbalan pengarah pula hanya memberi permohonan maaf.

“Dia ni dah macam tengah run skim mengumpul produk usahawan muda sebab nak makan minum percuma ke apa?

“Paling best, punya panjang video promosi dia kali ni. Kalau dapat dia buat untuk semua produk usahawan yang dah jadi tahi dalam perut dia tu memang bagus la.

“Rupa-rupanya, itu produk milik exco pemuda Bersatu! Yaaaa tuan-puan, produk kroni dia. Patut la dia bersungguh-sungguh mengotakan janji.

“Penat je beribu-ribu orang like, komen ucap tahniah atas “inisiatif bagus untuk anak muda” atau “cenggini aaaa menteri muda”. Anda semua kena kencing!” katanya lagi.

Azri meminta semua ahli politik untuk tidak mempermainkan golongan usahawan kerana mereka adalah pembuka jalan kepada peluang pekerjaan di negara ini.

Malahan mereka tidak bergantung kepada politik, katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. AAA, yg memberi cadangan pd kamu siape? Syed Saddiq? pegawai KBS?

    Jika kamu seorang usahawanan, tentu kamu juga memahami, segala ucap janji bukan perjanjian yg di menterai.

    Kekalutan kamu tak lain, kamu syiok sendiri. Bagini ke mental Melayu bilamana menghadapi sedikit halangan, lalu berkokok ayam se Kampung?

    .
    belajar jatuh bangun dlm bidang perniagaan, utk memahami kegagalan itu terbit dari diri kamu sendiri.

    N/B: Taraf kewartawanan & ulasan MG amat rendah mutu hinggakan Ulasan Wartawan seperti ini boleh di ketengahkan.

Comments are closed.