Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menerima sebarang berita mengenai rombakan Kabinet yang dikatakan akan berlaku selepas sambutan Tahun Baharu Cina.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menerima sebarang berita mengenai rombakan Kabinet yang dikatakan akan berlaku selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menerima sebarang berita mengenai rombakan Kabinet yang dikatakan akan berlaku selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Timbalan perdana menteri itu berkata sebarang keputusan perubahan kabinet harus diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Itu kena tanya Perdana Menteri sebab saya tidak dengar lagi nak rombak kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini hari ini.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan sebuah blog semalam yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu selepas Tahun Baharu Cina.

Menerusi catatan blog itu juga, desas desus pelantikan Azmin itu dikuatkan lagi apabila Dr Mahathir desas memberikan pelbagai tugasan penting kepada Azmin termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast