Zee How Tai
Zee How Tai

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna laman Facebook mempersoalkan kesahihan kelulusan akademik seorang timbalan menteri yang mengaku mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti of Cambridge.

Malah Datuk Marzuki Yahya semalam berkata, pihaknya akan mengemukakan bukti bahawa beliau pernah mengikuti kursus dalam bidang itu di universiti berkenaan.

Bagaimanapun, pemilik laman Facebook, Zee How Tai yang telah melayari laman sesawang Universiti Cambridge selain menanyakan kawan-kawan beliau mendapati Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan tidak ditawarkan di universiti ternama England itu.

“Yang ada tu Ijazah / master sahaja (ditawarkan di University of Cambridge),” katanya.

Semalam, Marzuki menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan seorang individu bahawa beliau menipu rakyat dengan menyatakan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti of Cambridge.

“Bagi saya ini adalah satu daripada permainan politik. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini dan kita serahkan kepada polis, yang pentingnya saya menjalankan tugas saya dengan baik tanpa ada sebarang masalah. Yang penting bagi kita ialah keutamaan untuk tugas, tanggungjawab dan negara kita,” kata Marzuki.

Timbalan Menteri itu menyatakan demikian bagi mengulas tindakan aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef yang membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Zulfahan Pagon yang mendakwa program pengajian jarak jauh (PJJ) bagi kursus pentadbiran perniagaan yang diikuti oleh Marzuki itu tidak wujud di Universiti of Cambridge.

Menurut How Tai, jika Marzuki menafikan perkara itu tidak benar, adakah University of Cambridge sebenarnya yang menipu.

Katanya, beliau kini keliru malah rakan-rakannya dari University of Cambridge turut keliru dengan ijazah muda yang ditawarkan universiti tersebut.

“Kawan saya kata, biasanya, kalau seorang warga Cambridge mengaku beliau graduan dari Cambridge, beliau akan sambung dengan Nama college, contoh “saya graduan Perubatan dari University of Cambridge, Trinity College.

“Timbalan menteri Kita college mana? Kita Kolej mana?,” katanya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/05/marzuki-sedia-kemukakan-bukti-punyai-kelulusan-universiti-cambridge/