Max Verstappen dijangka menggugat kejayaan Hamilton dan Vettel dalam Formula 1

LONDON – Max Verstappen merupakan pelumba yang paling ditakuti Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel dalam saingan Formula Satu (F1).

Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner percaya walaupun Hamilton menjulang kejuaraan dunia yang kelima musim lalu, Verstappen muncul sebagai pencabar digeruni yang mampu menggugat kejuaraan Hamilton dan Vettel tidak lama lagi.

Saya tidak rasa dia (Verstappen) takut berdepan mereka (Hamilton dan Vettel).

“Kita sudah melihat mereka melakukan kesilapan dalam karier mereka.

“Vettel misalnya telah mengharungi musim yang tidak konsisten tahun lalu.

“Jika lihat babak kedua tahun lalu, Verstappen mencatat mata kedua tertinggi selepas Hamilton.

“Dia pasti akan jadi pelumba F1 yang akan digeruni Mercedes dan Ferrari,” ujarnya.

Verstappen memulakan kempen F1 musim lalu dengan pelbagai cabaran, namun pemandu itu masih mampu menaiki podium sebanyak empat kali.

Pengalaman musim lalu diyakini akan membantu Verstappen untuk bangkit sebagai pelumba yang lebih baik daripada segi mental dan fizikal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast